Wednesday 21 February 2018

Takaful Champion Award Q4, 2017

Takaful Champion Award untuk Q4, 2017 telah berlangsung pada 20hb Febuari 2018 di Vistana Hotel, Pulau Pinang. Champion Award ini mengumpulkan kesemua penerima anugerah untuk kawasan utara sahaja iaitu Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak sepanjang performance mereka di quarter 4, 2017. Alhamdulillah, ini merupakan award pertama saya sepanjang 3 bulan berkecimpung dalam bidang Takaful.


Acara bermula jam 7.00 pm dengan sedikit refreshment dan sesi networking. Tepat jam 8.00 pm acara dimulakan dengan bacaan doa sebelum ucapan dari Puan Norizan Binti Yahya, selaku Vice President Great Eastern Takaful Berhad.


Ucapan dari Puan Norizan Binti Yahya


Seterusnya sedikit perkongsian dari seorang OKU motivator, Encik Mohd Sukur Bin Ibrahim. Beliau merupakan seorang pemenang OKU Cemerlang Kebangsaan yang tidak menjadikan kekurangan diri beliau sebagai penghalang untuk mencapai kejayaan.

Perkongsian dari Encik Mohd Sukur Bin Ibrahim
 

Antara perkongsian dari beliau yang saya ringkaskan adalah seperti berikut:-

1. Impian

Setiap manusia mempunyai impian seperti rumah dan kereta impian. Tidak salah untuk kita memiliki impian kerana setiap impian itu adalah percuma. Oleh itu, set setiap impian kita.

2. Tindakan

Apabila kita dah set impian kita, seterusnya adalah tindakan. Tak guna kalau kita simpan pelbagai impian tapi tidak memulakan langkah untuk mencapai impian kita. Tindakan adalah wajib selepas impian. Jangan pernah berputus asa dan dalam hidup memang penuh dengan cabaran. Apa yang penting adalah kita kena rajin, bersemangat dan tidak malu atau pun takut untuk bertindak.

3. Bersyukur

Sebagai hamba Allah, kita perlulah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah dah beri. Apabila kita bersyukur, nescaya Allah akan tambah nikmat. Antara cara kita bersyukur adalah dengan menunaikan solat sunat dan perbanyakkan berzikir.

4. Berhenti merungut

Tiada istilah "masalah" dalam kamus hidup, yang ada hanyalah "perkara yang perlu diselesaikan." Jadikan setiap masalah sebagai salah satu perkara yang perlu kita selesaikan.

Kata-kata beliau yang paling terkesan adalah apabila beliau meletakkan dua buah kerusi di atas pentas dan meminta seorang wakil untuk naik ke pentas dan duduk di atas kerusi tersebut. Wakil tersebut dengan mudah duduk dan bangun dari kerusi. Namun, apabila Encik Sukur hendak duduk di kerusi tersebut, beliau memerlukan bantuan orang lain untuk duduk di atas kerusi. Hari ini, orang lain tolong saya untuk duduk di atas kerusi, esok mungkin ada yang sanggup tolong, itu pun mungkin merungut. Lusa mungkin tiada yang sanggup menolong dan Encik Sukur perlu berdikari untuk hanya duduk di atas kerusi.

Kita yang dilahirkan normal tapi masih tak mahu berusaha sedangkan beliau yang dilahirkan dalam keadaan kurang sempurna lebih berjaya dari kita. Apa lagi alasan yang hendak kita beri? Justeru dengan perkongsian yang serba ringkas dari Encik Sukur ini dapat membuka mata terutamanya kita yang masih malas untuk berusaha dan mengubah nasib diri.

Tahukah anda yang Encik Sukur merupakan satu-satunya anak yang dilahirkan dalam keadaan kurang sempurna berbanding dengan adik beradik beliau yang lain. Tapi Encik Sukur juga la yang berjaya membawa kedua ibu dan bapa beliau menunaikan umrah hasil dari usaha beliau.

Dua kerusi yang diletakkan diatas pentas yang menunjukkan bagaimana seorang yang sempurna anggota dan yang kurang sempurna anggota untuk duduk dan bangun dari kerusi tersebut


Dan ayat terakhir dari beliau:-

"Let your dreams be bigger than your fears and your actions louder than your words."  

Sejurus selepas ucapan dari Encik Sukur, acara diteruskan dengan penyampaian anugerah berikutnya dan pada malam tersebut, Alhamdulillah, saya berjaya merangkul dua awards untuk Agent Champion dan Master Sales Award. Seterusnya adalah sesi bergambar bagi setiap agency dan acara berakhir hampir jam 11.00 pm.

Antara penerima anugerah pada malam tersebut

Wakil dari Norlia Abdul Agency, antara agency yang diterajui oleh Group Manager bumiputera di Utara tanah air

Berdiri dua dari kanan, Group Manager Puan Norlia Abdul








No comments:

Post a Comment