Thursday, 1 March 2018

Tugas Ejen Takaful


Ramai yang tahu umumnya seorang perunding takaful akan menceritakan mengenai kelebihan atau manfaat takaful beserta dengan produk yang berkaitan. Di Malaysia, ejen takaful atau perunding takaful mewakili pelbagai jenis Pengendali Takaful yang berbeza.


  
Untuk entry kali ini, saya akan menceritakan mengenai tugas-tugas hakiki seorang ejen takaful yang mewakili Great Eastern Takaful Berhad.

1. Mempromosikan produk 

Sebagai wakil Great Eastern Takaful, adalah menjadi kemestian bagi setiap ejen-ejen mereka untuk mempromosikan setiap produk yang disediakan oleh Great Eastern Takaful Berhad. Sebagai contoh, Great Eastern Takaful menawarkan beberapa pilihan produk seperti i-Great Damai, i-Great Mega, i-Great Teras, i-Great MediMax, i-Great Iqra', i-Great Amal, i-Great Idaman, i-Great Abadi, dan sebagainya yang mempunyai pelbagai manfaat dan fungsinya yang tersendiri.

2. Penerangan mengenai produk 

Selain mengenali setiap produk yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful, seorang ejen wajib mengetahui ciri-ciri pelan untuk setiap sesuatu produk dan berupaya untuk menerangkan dengan lebih terperinci kepada setiap prospect. Sebab itu, semua ejen wajib untuk menduduki peperiksaan bagi setiap produk dan mestilah lulus sebelum layak menjalankan tugas sebagai seorang ejen takaful.

3. Cadangan

Setiap prospek memerlukan cadangan yang berbeza serta bergantung kepada bajet masing-masing. Oleh itu, setiap ejen takaful perlulah bijak untuk membuat proposal atau cadangan yang bersesuaian dengan prospek masing. Prospek A mungkin memerlukan manfaat yang lebih dari prospek B, oleh itu, caruman mereka juga berbeza-beza. Sebab tu adalah digalakkan untuk bertemu dengan beberapa ejen takaful dan berbincanglah dengan lebih lanjut mengenai cadangan yang dikemukan. Percayalah, kalau anda berjumpa dengan 3 orang ejen berbeza, anda pasti akan menerima 3 cadangan yang berbeza.

4. Perkhidmatan

Takaful merupakan perniagaan yang berasaskan service atau perkhidmatan. Oleh itu, seorang ejen takaful perlulah melakukan beberapa servis seperti pengeluaran, pembaharuan, penerusan mana-mana sijil takaful, dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

5. Memberi kesedaran kepada umum

Ejen takaful juga berperanan untuk menyampaikan manfaat dan kelebihan takaful kepada orang ramai. Antara medium yang selalu digunakan adalah melalui facebook, instagram, youtube, website, blog, twitter, dan sebagainya. Medium yang digunakan oleh ejen mungkin berbeza. Ada juga ejen yang lebih suka menggunakan pendekatan secara terus dengan prospek seperti berjumpa secara terus ataupun melalui telefon dan whatsapp. Walau apa jua cara, tujuan ejen-ejen ini adalah untuk menyebarkan manfaat dan kelebihan takaful selain member kesedaran tentang takaful. Percayalah, ramai lagi mereka diluar sana yang tidak pernah dengar apa itu takaful.

Berikut merupakan antara medium yang saya gunakan untuk menyebarkan manfaat serta info berkenaan takaful.

a. Facebook - Takafulwithliyana
b. Instagram - takafulwithliyana
c. Youtube - takafulwithliyana
d. Blog - takafulwithliyana.blogspot.com

6. Mengekalkan hubungan baik

Dalam berurusan dengan pihak pelanggan, ejen takaful juga perlulah bijak menjaga hubungan baik dengan pelanggan sedia ada mahupun dengan bakal pelanggan. Hubungan baik disini merujuk kepada hubungan dalam berniaga dan bukan hubungan yang istimewa ya. 

7. Tahu tentang keadaan pasaran

Ejen juga perlu mengetahui tentang keadaan pasaran serta isu semasa yang berkenaan untuk membimbing pelanggan mereka dengan sewajarnya.

Terdapat lagi tugas-tugas lain, cuma yang saya huraikan disini adalah tugas utama seorang ejen takaful. Ada juga ejen yang menjalankan tugas-tugas lain diluar skop tugas mereka bergantung kepada ejen masing-masing.

Semoga entry ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang ingin tahu tentang tugas-tugas seorang ejen takaful. Bagi mereka yang berminat untuk memulakan kerjaya sebagai ejen takaful atau perunding takaful bolehlah menghantar resume terkini anda ke zahari.noorliyana@gmail.com. 



Wednesday, 21 February 2018

Takaful Champion Award Q4, 2017

Takaful Champion Award untuk Q4, 2017 telah berlangsung pada 20hb Febuari 2018 di Vistana Hotel, Pulau Pinang. Champion Award ini mengumpulkan kesemua penerima anugerah untuk kawasan utara sahaja iaitu Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak sepanjang performance mereka di quarter 4, 2017. Alhamdulillah, ini merupakan award pertama saya sepanjang 3 bulan berkecimpung dalam bidang Takaful.


Acara bermula jam 7.00 pm dengan sedikit refreshment dan sesi networking. Tepat jam 8.00 pm acara dimulakan dengan bacaan doa sebelum ucapan dari Puan Norizan Binti Yahya, selaku Vice President Great Eastern Takaful Berhad.


Ucapan dari Puan Norizan Binti Yahya


Seterusnya sedikit perkongsian dari seorang OKU motivator, Encik Mohd Sukur Bin Ibrahim. Beliau merupakan seorang pemenang OKU Cemerlang Kebangsaan yang tidak menjadikan kekurangan diri beliau sebagai penghalang untuk mencapai kejayaan.

Perkongsian dari Encik Mohd Sukur Bin Ibrahim
 

Antara perkongsian dari beliau yang saya ringkaskan adalah seperti berikut:-

1. Impian

Setiap manusia mempunyai impian seperti rumah dan kereta impian. Tidak salah untuk kita memiliki impian kerana setiap impian itu adalah percuma. Oleh itu, set setiap impian kita.

2. Tindakan

Apabila kita dah set impian kita, seterusnya adalah tindakan. Tak guna kalau kita simpan pelbagai impian tapi tidak memulakan langkah untuk mencapai impian kita. Tindakan adalah wajib selepas impian. Jangan pernah berputus asa dan dalam hidup memang penuh dengan cabaran. Apa yang penting adalah kita kena rajin, bersemangat dan tidak malu atau pun takut untuk bertindak.

3. Bersyukur

Sebagai hamba Allah, kita perlulah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah dah beri. Apabila kita bersyukur, nescaya Allah akan tambah nikmat. Antara cara kita bersyukur adalah dengan menunaikan solat sunat dan perbanyakkan berzikir.

4. Berhenti merungut

Tiada istilah "masalah" dalam kamus hidup, yang ada hanyalah "perkara yang perlu diselesaikan." Jadikan setiap masalah sebagai salah satu perkara yang perlu kita selesaikan.

Kata-kata beliau yang paling terkesan adalah apabila beliau meletakkan dua buah kerusi di atas pentas dan meminta seorang wakil untuk naik ke pentas dan duduk di atas kerusi tersebut. Wakil tersebut dengan mudah duduk dan bangun dari kerusi. Namun, apabila Encik Sukur hendak duduk di kerusi tersebut, beliau memerlukan bantuan orang lain untuk duduk di atas kerusi. Hari ini, orang lain tolong saya untuk duduk di atas kerusi, esok mungkin ada yang sanggup tolong, itu pun mungkin merungut. Lusa mungkin tiada yang sanggup menolong dan Encik Sukur perlu berdikari untuk hanya duduk di atas kerusi.

Kita yang dilahirkan normal tapi masih tak mahu berusaha sedangkan beliau yang dilahirkan dalam keadaan kurang sempurna lebih berjaya dari kita. Apa lagi alasan yang hendak kita beri? Justeru dengan perkongsian yang serba ringkas dari Encik Sukur ini dapat membuka mata terutamanya kita yang masih malas untuk berusaha dan mengubah nasib diri.

Tahukah anda yang Encik Sukur merupakan satu-satunya anak yang dilahirkan dalam keadaan kurang sempurna berbanding dengan adik beradik beliau yang lain. Tapi Encik Sukur juga la yang berjaya membawa kedua ibu dan bapa beliau menunaikan umrah hasil dari usaha beliau.

Dua kerusi yang diletakkan diatas pentas yang menunjukkan bagaimana seorang yang sempurna anggota dan yang kurang sempurna anggota untuk duduk dan bangun dari kerusi tersebut


Dan ayat terakhir dari beliau:-

"Let your dreams be bigger than your fears and your actions louder than your words."  

Sejurus selepas ucapan dari Encik Sukur, acara diteruskan dengan penyampaian anugerah berikutnya dan pada malam tersebut, Alhamdulillah, saya berjaya merangkul dua awards untuk Agent Champion dan Master Sales Award. Seterusnya adalah sesi bergambar bagi setiap agency dan acara berakhir hampir jam 11.00 pm.

Antara penerima anugerah pada malam tersebut

Wakil dari Norlia Abdul Agency, antara agency yang diterajui oleh Group Manager bumiputera di Utara tanah air

Berdiri dua dari kanan, Group Manager Puan Norlia Abdul








Saturday, 17 February 2018

4 Ciri-ciri Ejen Takaful


Menggalas tanggungjawab sebagai seorang ejen takaful bukanlah suatu tugas yang mudah. Meskipun tampak remeh dan dipandang sebelah mata oleh kebanyakkan orang, namun bukan mudah untuk mencari mereka yang mempunyai ciri-ciri berikut sebagai ejen takaful.



Sebagai duta kewangan islam, adalah penting untuk ejen-ejen takaful, tidak kira mana-mana takaful operator sekali pun mestilah mempunyai empat (4) ciri-ciri berikut. Jom kita fahami satu persatu ciri-ciri ejen takaful.

CIRI –CIRI EJEN TAKAFUL

1. Benar (siddiq)

Seseorang haruslah bersifat benar pada tutur kata, pemikiran dan tindakan. Sekiranya dia bercakap benar dan melakukan sebaliknya maka dia adalah tidak jujur. Sebagai duta kewangan Islam, ejen Takaful mestilah benar dalam tutur katanya semasa mempromosikan produk-produk Takaful. 

2. Menegakkan Amanah (amanah) 

Maksud amanah ialah boleh dipercayai, atau, sesuatu atau seseorang yang meninggalkan kepada seseorang bagi melindungi atau menjaganya. Berlawanan dengan amanah ialah khianat atau derhaka. Iaitu, gagal untuk menjaga kepercayaan atau amanah semasa seseorang meninggalkannya seperti diharapkan  atau mahukan.

Ejen Takaful mestilah amanah seperti jujur, adil dalam berurusan, menghormati kepercayaan, menepati masa, menunaikan janji dan komitmen, dan lain-lain.

3. Menyampaikan (tabligh) 

Ejen Takaful sebagai duta kewangan Islam hendaklah menyampaikan maklumat yang berkaitan kepada prospek mereka dan tidak menyembunyikan apa-apa maklumat daripada mereka.

4. Bijaksana (fathonah) 

Ejen Takaful sebagai duta kewangan Islam memerlukan kecerdasan dan kebijaksanaan. Ejen itu akan dapat menjelaskan kewangan Islam terutama Takaful kepada pasaran.  Oleh itu, adalah sangat penting bagi mereka untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang berkaitan kewangan Islam dan Takaful.

Pengantara Takaful profesional seperti ejen, broker atau penasihat kewangan mestilah cekap dan mempunyai ciri-ciri berikut: 

 Pengetahuan yang baik mengenai produk Takaful 
 Memahami keperluan dan kepentingan pelanggan 
 Memastikan pelanggan memahami produk yang mereka sertai 
 Mendedahkan semua fakta matan mengenai produk 
 Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan perkhidmatan yang tepat pada masanya

Kalau anda memiliki ciri-ciri seperti yang dinyatakan di atas, mungkin andalah yang kami cari untuk menyertai agency kami sebagai ejen takaful. Untuk makluman lanjut boleh hubungi Liyana di 019-549 2206 atau email ke zahari.noorliyana@gmail.com.

  

Wednesday, 10 January 2018

Perbezaan antara Takaful dan Insurans



Ramai yang saya temui beranggapan bahawa takaful dan insurans adalah dua perkara yang sama. Ya secara umumnya, takaful bermaksud islamic insurance atau shariah compliance insurance. Namun terdapat banyak perbezaan antara takaful dan insurans. Khususnya untuk entry kali ini, saya akan berkongsi perbezaan antara takaful dan insurans dengan lebih terperinci berdasarkan 12 aspek-aspek berikut.

Semoga kita lebih jelas mengenai perbezaan antara takaful dan insurans. Sebagai seorang yang beragama Islam, kita seharusnya lebih peka dalam isu-isu yang berkaitan dengan hukum-hakam halal dan haram. Semestinya dalam konteks insurans, hanya takaful sahaja pilihan yang ada. Di Malaysia terdapat lebih dari 10 pengendali takaful dengan pelbagai produk mereka tersendiri (sumber dari Bank Negara Malaysia). Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyebarkan manfaat takaful. Semoga lebih ramai rakyat Malaysia khususnya umat islam mendapat pencerahan serta mengambil pelan perlindungan yang berlandaskan hukum shariah. 


Sunday, 10 December 2017

Risiko dan Takaful

Terdapat banyak salah faham dalam kalangan umat Islam terhadap konsep takdir. Sesetengah orang Islam percaya bahawa masa depan adalah di tangan Allah (SWT), apabila mereka menghadapi mentaliti takdir dengan meletakkan diri mereka dalam doktrin ini, iaitu sama ada seseorang itu kaya atau miskin, gembira atau sedih, semuanya ditakdirkan oleh Allah (SWT). Akibat salah faham yang nyata ini, apa-apa usaha atau strategi pengurusan risiko untuk melindungi aset atau kehidupan telah dianggap sebagai bertentangan dengan takdir dan kehendak Allah (SWT). 



Dalam perancangan kewangan Islam, Takaful ialah satu cara untuk mengurangkan risiko kerugian kewangan akibat kemalangan dan musibah (Iqtisad Al-Islamy, 2003). Pada hakikatnya, Pelan Takaful ialah alternatif kepada insurans dalam perancangan kewangan konvensional. Dalam pelan Takaful, peserta akan membayar sejumlah wang yang ditentukan sebagai caruman (dikenali sebagai premium) sebahagiannya kepada dana risiko (peserta akaun khas) dengan menggunakan konsep Tabbaru' (derma) dan sebahagiannya kepada pihak lain (dikenali sebagai pengendali Takaful) dengan persetujuan bersama bahawasanya Pengendali Takaful adalah di bawah tanggungjawab dari segi undang-undang untuk memberikan peruntukan untuk perlindungan kewangan kepada peserta terhadap kerugian yang tidak dijangkakan, sekiranya risiko itu berlaku dalam tempoh yang telah dipersetujui. 

Dalam Takaful, risiko daripada individu atau organisasi disebarkan atau dikongsi dengan individu atau organisasi lain yang mempunyai corak yang sama secara relatif. Individu atau organisasi yang mengambil bahagian dalam skim ini akan memberikan caruman kepada dana Takaful. Sekiranya sesuatu risiko berlaku, mereka akan menerima pulangan daripada dana Takaful untuk menampung kerugian yang telah dialami mereka. 


Tuesday, 21 November 2017

Apa itu Takaful

Perkataan “Takaful” berasal daripada kata kerja bahasa Arab “kafala” yang bermaksud saling menjamin. Oleh itu, pakatan yang melibatkan sekurang-kurangnya antara dua pihak yang sama-sama bersetuju untuk menjamin satu sama lain sekiranya berlaku kehilangan atau kerugian, sebagai akibat daripada ditimpa bencana mentakrifkan istilah “Takaful”.
Menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) Takaful bermaksud:
“Suatu pengaturan yang berdasarkan saling membantu di mana peserta Takaful bersetuju untuk menyumbang kepada kumpulan wang bersama yang memberi manfaat kewangan bersama yang boleh dibayar kepada peserta Takaful atau waris mereka apabila berlaku keadaan-keadaan yang telah dipersetujui terlebih dahulu”.

Pada dasarnya, sistem Takaful adalah berasaskan saling bekerjasama, bertanggungjawab, jaminan, perlindungan dan membantu dalam kalangan para pesertanya. Amalan yang sama boleh dilihat dalam amalan al-aqilah di bawah adat kebiasaan suku bangsa Arab sebelum kedatangan Islam di mana seorang pembunuh dikehendaki membayar wang darah (diyat) sebagai pampasan kepada keluarga si mati. Doktrin ini telah dibenarkan oleh Nabi Muhammad (saw) dan seterusnya dijadikan mandatori semasa Khalifah kedua, Saidina Umar Al Khatab (ra).

1. Asas Kerjasama
Takaful, adalah berasaskan konsep ta’awun bermaksud saling membantu. Para peserta skim Takaful bersetuju untuk membantu antara satu sama lain dalam berbentuk kewangan dalam perkara keperluan yang khusus (sebagaimana yang ditakrifkan dalam kontrak Takaful) dengan menyumbang atau menderma kepada satu kumpulan wang yang umum.   Konsep ini adalah berdasarkan perintah Allah (SWT) menerusi ayat yang berikut:
“… Bekerjasamalah kamu dalam kebaikan dan ketakwaan, tetapi jangan kamu membantu satu sama lain dalam dosa dan permusuhan”  (al-Maidah: 2)
Nabi Muhammad (saw) menegaskan dalam hadis yang berikut:
“Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi dia membantu orang lain”  (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

2.  Asas Tanggungjawab
Seiring dengan disiplin syariah ke atas Takaful (yang bermaksud berkongsi tanggungjawab dan berkongsi jaminan), para peserta bersetuju untuk memberi pampasan sekiranya berlaku musibah.
Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang yang beriman, antara satu sama lain, adalah seperti jasad, apabila salah satu daripada bahagian-bahagian yang ditimpa kesakitan, maka seluruh jasad akan merasainya.  (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
3.  Asas Saling Melindungi
Para peserta Skim Takaful bersetuju untuk saling bertanggungjawab atau berkongsi tanggungjawab.
Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan.  (Diriwayatkan oleh Ahmad)

The Beginning

Bismillah
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Saya mulakan dengan ucapan bismillah dan salam perkenalan kepada semua. InsyaAllah melalui medium ini, saya akan berkongsi serba sedikit tentang Takaful secara menyeluruh dengan anda semua.
Sebagai “daie” atau pun “duta kecil” dalam menyebarkan info-info berkenaan Takaful, diharap perkongsian yang tidak seberapa ini dapat membuka minda terutamanya umat Islam itu sendiri mengenai Takaful.
Akhir kata, semoga page ini mampu memberi manfaat kepada semua, InsyaAllah.